Cuti..apa kaitan dgn dinar dan dirham?

Bismillahirrahmanirrahim.

Percutian? apa ndakkah kaitan dengan dinar dan dirham. Entri tok terinspirasi dari chat di whatsapp bersama seorang rakan sekelas yang bercerita tentang keinginannya mahu bercuti ke Korea lagi. Jadi satu cadangan telah kamek cadangkan. Namun ia bercontoh kepada sesuatu yang hipotetikal. Sebab kamek dirik pun baruk nak ngumpol dinar dan dirham. Tapi di hujung entri tok tok kamek akan share sigek contoh oleh saudara Hafizul Hakim tentang simpanan Umrah nya yang nyata dan berserta fakta.

Cadangan:

1. Contohnya tiket atau kos untuk  pergi bercuti ke Korea untuk taun tok ialah RM3000.

2. Dia ingin ke korea tahun depan dan menyimpan duit untuk trip tersebut dahulu.

3. Jika dia menyimpan wang berbentuk Ringgit Malaysia, Tahun ini dan tahun depan nilai wang disimpannya masih sama iaitu RM3000.

4. Apabila sudah tiba masa dia hendak pergi pada tahun hadapan, Kos mungkin akan meningkat kepada RM4000 dan dia terpaksa menambah wang dan mencari lagi wang untuk tujuan ya tek.

Tapi mun/jika/kalau/what if :

5. Dia membeli dinar atau dirham dengan wang tersebut, iaitu contohnya sekitar 4 dinar yang bersamaan dengan RM3000 pada tahun ini.

6. Nilai dinar tersebut berbanding RM akan meningkat kemungkinan sehingga mencapai RM4000 pada tahun depan

7. Maka dia tidak perlu mencari wang tambahan untuk kos percutiannya dan jika ia pun kos percutiannya tidak meningkat dan masih di RM3000, maka dia akan mempunyai extra RM1000. Macam macam boleh beli ya.. ; )

Contoh Pengalaman sendiri saudara Hafizul Hakim:


Seperti yang dapat ditangga dari slide tersebut.
Kos untuk Umrah meningkat dalam RM setiap tahun dan menurun dibandingkan dengan Dinar setiap tahun.
Bayangkan anda menyimpan 25 Dinar pada tahun 2000, Dengan simpanan dinar tersebut, pada 2012 anda mungkin boleh pergi Umrah 5 kali!


Jadi kesimpulannya di sini, Dinar dan Dirham adalah pilihan bijak untuk simpanan berbanding wang kertas Ringgit.

Penulis : Muhammad Hanif Morshidi.: reviving the Dinar and Dirham for all! :.

This Cuti..apa kaitan dgn dinar dan dirham?was published by Muhammad Hanif Morshidi onFriday, January 25, 2013. Semoga entri ini dapat memberi manfaat. Terimakasih atas kunjungan anda .Currently there are 0 comments posted: for Cuti..apa kaitan dgn dinar dan dirham?
 

0 comments:

Post a Comment